Monday 9 January 2012

Kuiz 1 (E-Dagang)

Soalan 1


Kenalpasti LIMA (5) pemain utama dalam industri tukaran mata wang asing dan bagaimana mereka menerima impak dari teknologi e-dagang?


Jawapan
  1. Pedagang
  • Kewujudan sistem ekonomi e-dagang ini sedikit sebanyak memberi impak secara serius kepada penggunaan wang kertas serta cek pada masa-masa yang akan datang. Hal ini kerana pembayaran dalam bentuk baru ini ternyata lebih murah dan mudah jika ingin dibandingkan dengan pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai dan secara tidak langsung mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank Pusat.   

  2.  Banker

Keselesaan
  • Penyediaan pelbagai saluran kutipan dan juga pembayaran secara online.
  • Saluran kutipan yang meluas bagi mempercepatkan proses penukaran hasil kutipan anda kepada tunai.
     
Kutipan Terjamin
  • Pembayaran dibuat secara online. Kami juga menyediakan notifikasi kepada kedua belah pihak bagi tujuan pengesahan bayaran dalam penyelesaian e-Dagang.
     
Penyesuaian dipermudah
  • Menyahkan kemungkinan kesilapan dalam penyesuaian akaun melalui penyelesaian penzahiran bil dimana butiran kutipan akan dipadankan secara automatik kepada data pengurusan bayaran belum terima milik pelanggan.
     
Tunai diterima pada masa nyata
  • Tunai yang diterima terus dikreditkan kedalam akaun anda secara serta merta. Ini mebolehkan anda memaksimakan pulangan kepada jumlah baki akaun anda.
     
Menyatukan pusat kutipan pembayaran
  • Menghapuskan kesulitan untuk berurusan dengan pelbagai bank lain.
     
Membuka segmen baru dipasaran
  • Melalui Internet, Bursa Pemprosesan Kewangan (FPX) mampu mencapai segmen pasaran yang lebih luas.
     
Operasi yang lebih efisyen
  • Meningkatkan tahap kecekapan dan mengurangkan kos operasi dimana dengan perlaksanaannya ia membuka peluang kepada pelanggan untuk lebih fokus kepada aspek perniagaan mereka yang utama.
     
Keselamatan terjamin
Menggunakan konsep pembuktian dan perakuan dalam memastikan kesemua transaksi yang dibuat di laman web adalah selamat.

     3. Industri Perniagaan
  • Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global. Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan, kita ikuti petikan daripada satu persidangan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
    4.   Negara
  • Kedudukan Malaysia yang kini muncul antara 10 lokasi pilihan utama pelabur antarabangsa mampu menjana ekonomi serta menjadi penampan bagi mengurangkan kesan luaran yang dijangka memberi tekanan kepada pertumbuhan negara pada tahun depan.
  • Peningkatan 11 anak tangga kedudukan negara dalam destinasi pelaburan langsung asing (FDI) paling menarik oleh pelabur itu membuktikan penilaian sendiri oleh kerajaan sejak setahun lalu adalah tepat.
  • Ia juga membuktikan keyakinan pelabur semakin meningkat dengan pelbagai inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Kerajaan sudah melakukan banyak penambahbaikan dengan pelbagai program transformasi seperti ekonomi, kerajaan dan politik. Ia berjaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi lebih menarik untuk pelaburan asing,” katanya semalam.


    5.   Internet
  • E-dagang atau perdagangan elektronik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu. Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya. Di alam Internet , peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan barangan jualan mereka. Seorang penjual barangan kraftangan di Kelantan boleh memasarkan barangannya melalui Internet dengan membina tapak webnya sendiri yang membolehkan seorang pembeli dari negara Jepun membuat tempahan. Melalui E-dagang , pembeli ini boleh membuat bayaran menggunakan wang elektronik , kad kredit, bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut.

    Ramai yang masih ragu-ragu akan keselamatan dan kebolehpercayaan E-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat. Tetapi dengan adanya beberapa ciri keselamatan seperti enkripsi, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital dan lain-lain piawaian keselamatan seperti SET (Secure Electronic Transaction) yang dibangunkan oleh VISA dan MasterCard dan SSL (Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape.

    Malahan Wharton Econometric Forecasting Associates meramalkan pertumbuhan E-Dagang sebanyak 69 % setiap tahun sehingga 2003 di mana dijangkakan jumlah perdagangan yang dilakukan media elektronik akan melebihi angka RM3.8 trilion (RM3,800 bilion).


No comments:

Post a Comment